22 maut bas terbalik di Peru


Kemalangan maut mengerikan sering berlaku di Peru terutama pada musim hujan, ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk. – Gambar fail EPA, 13 April, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 22 terbunuh manakala 13 lagi cedera apabila bas dinaiki terbalik selepas tergelincir ketika hujan di jalan Andean di Peru, semalam.

Polis berkata kemalangan berlaku di barat bandar Huarez, kira-kira 600km di utara Lima.

Stesen televisyen tempatan melaporkan kebanyakan penumpang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengundi dalam pilihan raya untuk memilih presiden dan ahli kongres, kelmarin.

Kemalangan maut mengerikan sering berlaku di Peru terutama pada musim hujan, ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk, tiada papan tanda jelas dan kurang kawalan pihak berkuasa. – AFP. 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen