Seorang maut, seorang lagi parah dalam tembakan di hospital Paris


Wartawan berkumpul ketika polis Perancis mengepung kawasan berhampiran hospital swasta Henry Dunant di mana seorang ditembak mati dan seorang lagi cedera dalam tembakan di luar institusi milik Palang Merah di daerah 16, Paris. – Gambar AFP, 12 April, 2021.

SEORANG penyerang yang tidak dikenali menembak mati seorang dan mencederakan yang lain di luar hospital Paris pada Isnin sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, kata sumber polis.

Serangan itu dilakukan di hospital swasta Henry Dunant milik Palang Merah di daerah 16, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Suspek melarikan diri dengan motosikal, kata sumber.

“Seorang mati dan seorang lagi cedera parah,” kata sumber bomba.

Hospital ini menjalankan pusat vaksinasi Covid-19. – AFP, 12 April,


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen