Indonesia mula puasa esok, solat tarawih di masjid dibenarkan


Indonesia membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan Covid-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan. – Gambar EPA, 12 April, 2021.

UMAT Islam di Indonesia akan mula berpuasa Ramadan mulai esok.

Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas dalam sidang media menerusi webinar malam ini, mengumumkan tarikh 1 Ramadan 1442 Hijrah adalah bersamaan 13 April 2021.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) yang dilakukan menerusi sidang video antara pegawai-pegawai kementerian, Majlis Agama Islam Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

Pemerintahan Indonesia juga membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan Covid-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan (50 peratus daripada kapasiti masjid). – Bernama, 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen