KP Kesihatan beri amaran peningkatan kes aktif Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Malaysia melaporkan 1,317 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 362,173. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 April, 2021.

KES aktif Covid-19 terus meningkat kepada 15,835 daripada 15,574 semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah dengan menyatakan bahawa peningkatan kes aktif bermula 7 April.

Ketua pengarah kesihatan berkata negara ini melaporkan 1,317 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Beliau berkata kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 362,173.

Noor Hisham berkata Sarawak mendahului dengan 351 kes diikuti oleh Selangor dengan 303 kes. 

Beliau berkata bahawa Labuan merupakan satu-satunya negeri yang melaporkan sifar jangkitan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Beliau berkata hanya 12 kes import dilaporkan hari ini sementara selebihnya jangkitan tempatan.

Bagi kes pulih katanya, seramai 1,052 pesakit dibenarkan keluar dari hospital

Beliau berkata jumlah kes pulih dari koronavirus di Malaysia kini berjumlah 345,005.

Noor Hisham berkata negara juga menyaksikan empat kematian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,333.

“Sehingga kini seramai 188 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 84 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. – 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen