Permohonan paten AI China tertinggi di dunia


Jumlah permohonan paten AI di China melebihi angka 520,000 dalam tempoh 10 tahun di mana angka itu mencatat 389,571 tertinggi  di dunia. – Gambar EPA, 12 April, 2021.

JUMLAH permohonan paten dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) China berada di ranking pertama dunia dalam tempoh 10 tahun lalu.

Menurut Laporan Pembangunan AI China 2020 yang dikeluarkan pada sidang tahunan industri AI China 2020 di Suzhou, wilayah Jiangsu pada Ahad, untuk dekad seterusnya, China akan menumpukan kepada pembangunan AI dalam pembelajaran intensif, graf pengetahuan dan robot pintar.

Pada masa sama, laporan itu turut menunjukkan jumlah permohonan paten AI di China melebihi angka 520,000 dalam tempoh 10 tahun. Angka itu mencatat 389,571 tertinggi  di dunia, iaitu 74.7 peratus daripada jumlah keseluruhan global.

Selain itu, China menjadi peneraju utama dunia dalam bidang penyelidikan dan penghasilan sains yang melibatkan pemprosesan bahasa semula jadi, teknologi cip dan pembelajaran mesin.

Dalam perkembangan lain, menurut analisis laporan itu mengenai sumber modal insan peringkat tinggi AI global pula, sarjana peringkat tinggi AI di Amerika Syarikat adalah yang terbanyak di dunia dengan jumlahnya mencatat 1,244 orang, manakala China berada di tangga kedua iaitu 196 orang. – Bernama, 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen