Mesir, Lubnan mula berpuasa esok


Banyak negara tidak membenarkan solat terawih secara berjemaah di masjid tahun ini untuk membendung penularan wabak Covid-19. – Gambar AFP, 12 April, 2021.

MESIR dan Lubnan mula berpuasa esok, umum pihak berkuasa agama dua negara itu semalam.

“Ramadan bermula 13 April,” menurut institusi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah.

Di Lubnan, Mufti Besar Sheikh Abdellatif Deryan juga mengesahkan umat Islam negara itu mula berpuasa esok.

Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam ketiga bagi umat Islam, iaitu menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Sepanjang Ramadan juga umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid. 

Bagaimanapun, banyak negara tidak membenarkan ibadah itu dilakukan di masjid tahun ini untuk membendung penularan wabak Covid-19. Umat Islam sebaliknya diminta menunaikan solat terawih di rumah sahaja. – AFP, 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen