Sepanyol teruskan guna vaksin AstraZeneca 


SEPANYOL pada Rabu berkata ia akan menyimoan vaksin AstraZeneca kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas selepas penguatkuasa UK menyatakan darah tersumbat perlu disenaraikan sebagai kesan sampingan suntikan vaksin berkenaan yang jarang berlaku. 

“Kami akan terus menggunakan vaksin AstraZeneca, namun kepada golongan 60 tahun ke atas,” kata Menteri Kesihatan Caroline Darias kepada pemberita selepas mengikut jejak langkah beberapa negara lain yang mengambil pendekatan sama. 

Penguatkuasa perubatan EU, EMA menggalakkan semua negara untuk terus menggunakan vaksin AstraZeneca, dan mengatakan faedahnya melebihi risiko. – AFP, 8 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen