Dos pertama vaksin Covid-19 tak cukup lindungi jangkitan, kata kajian


Kajian yang dijalankan Univerisity of Chile mendapati vaksin 56.5% berkesan melindungi penerima dalam tempoh dua minggu selepas dos kedua diberi. – Gambar EPA, 7 April, 2021.

SATU dos vaksin tidak cukup untuk melindungi individu dari dijangkiti virus Covid-19, menurut satu kajian di Chile.

Kajian yang dijalankan University of Chile mendapati vaksin 56.5% berkesan melindungi penerima dalam tempoh dua minggu selepas dos kedua diberi. Dan dalam tempoh 14 hari itu pula, vaksin hanya berkesan 27.7%.

Dengan satu dos sahaja, kadar keberkesanan dalam tempoh 28 hari sebelum dos kedua hanyalah 3%, kata kajian itu.

Penyelidik mengkaji kesan gabungan vaksin Coronavac buatan China, yang setakat ini 93% dos telah diberi kepada penduduk Chile, selain vaksin Pfizer-BioNTech.

Vaksin Coronavac dianggarkan berkesan 54%, selari dengan hasil kajian di Brazil, manakala Pfizer-BioNTech 94%, berdasarkan kajian di Israel.

Chile antara negara Amerika Selatan yang mendahului dalam program imunisasi Covid-19.

Setakat ini sekurang-kurangnya 7.07 juta daripada 15.2 penduduk Chile telah diberi dos pertama, dan 4.04  juta lagi lengkap dua dos suntikan.

“Vaksin mengurangkan kebarangkalian dijangkiti virus Covid-19, ia tidak menghapuskan, tetapi mengurangkan jangkitan. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil vaksin,” kata rektor University of Chile rector Ennio Vivaldi pada sidang media secara maya semalam.

Namun, dos pertama jelas tidak memberi kesan efektif selepas empat minggu, bermakna penerima juga sama terdedah kepada risiko jangkitan seperti orang yang belum divaksin, tambahnya.

Kajian universiti itu juga menganggarkan 80% warga emas berusia antara 75 dan 79 tahun lebih mudah dijangkiti Covid-19 jika tidak divaksin, manakala 60% bagi golongan berusia antara 70 hingga 74 tahun. – AFP, 7 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen