Erdogan sekali lagi terajui parti pemerintah


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi dipilih untuk menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan.– Gambar AFP, 25 Mac, 2021.

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi dipilih untuk menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dalam perhimpunan agung parti itu pada Rabu, lapor Xinhua.

“Kami tekad untuk tunaikan janji-janji kami kepada negara, terutama perlembagaan baharu,” kata Erdogan ketika berucap kepada perwakilan parti selepas pemilihan. 

Menurut pegawai parti, Erdogan memperoleh 1,428 undi daripada keseluruhan jumlah undi 1,431, tiga undi rosak.

Pada perhimpunan agung itu Erdogan turut melakukan perubahan besar dengan melantik bekas Perdana Menteri Binali Yildirim menjadi ahli lembaga pembuat keputusan dan pentadbiran parti.

Rombakan Kabinet juga dijangka dibuat dalam waktu terdekat. – Bernama, 25 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen