PM New Zealand seru rakyat sokong komuniti Islam


Rakyat New Zealand berdoa ketika majlis memperingati mangsa keganasan di Christchurch. – Gambar AFP, 13 Mac, 2021.

RAKYAT New Zealand mempunyai tanggungjawab untuk menyokong komuniti Islam di negara itu, kata perdana menteri Jacinda Ardern menjelang ulang tahun kedua peristiwa berdarah Christchurch.

Pada 15 Mac 2019,  seorang pengganas berkulit putih menembak mati 51 orang Islam dalam serangan tembakan di dua buah masjid di Christchurch.

Ardern yang memuji ketabahan mangsa yang terselamat dan keluarga korban, berkata luka yang dialami oleh umat Islam pada hari itu tidak dapat diubati dengan sekadar berkata-kata.

“Lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan. Perkataan tidak akan menghapuskan kebimbangan yang dialami komuniti Islam,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta seluruh rakyat negaranya untuk berganding bahu dan berbangga dalam meraikan kepelbagaian kaum dan agama di New Zealand.

Pengganas yang terlibat dalam serangan itu, Brenton Tarrant, ditahan beberapa minit selepas serangan di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood.

Dia mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh dan satu tuduhan keganasan,

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. – AFP, 13 Mac, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen