Kematian jururawat Austria bukan kerana vaksin AstraZeneca, kata agensi


Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca yang digunakan di Austria bukan punca kematian seorang jururawat, selepas menerima suntikan. – Gambar EPA, 11 Mac, 2021.

PEMERHATI ubat-ubatan Eropah berkata hasil siasatan awal menunjukkan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca yang digunakan di Austria bukan punca kematian seorang jururawat, selepas menerima suntikan.

Austria pada Isnin mengumumkan pihaknya berhenti menggunakan dos vaksin dihasilkan firma Britain-Sweden dengan Universiti Oxford, selepas jururawat berumur 49 tahun itu maut akibat masalah darah beku yang teruk menerima suntikan vaksin Covid-19 beberapa dalam tempoh beberapa hari.

“Mangsa kedua” iaitu seorang wanita juga dirawat di hospital kerana mengalami embolisme paru-paru dan kini semakin pulih, kata Agensi Ubat Eropah (EMA).

EMA yang berpusat di Amsterdam berkata dua laporan lain mengenai kes kejadian itu menerima suntikan daripada kumpulan ini.

“Bagaimanapun, tidak ada petunjuk semasa sama ada vaksin itu punca kepada keadaan berkenaan yang tidak disenaraikan sebagai kes sampingan selepas menerima vaksin,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Empat negara Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourgh juga menggantung program vaksinasi daripada kumpulan vaksin berkenaan.

Kumpulan vaksin berkenaan turut dihantar ke 17 negara Eropah dengan jutaan dos suntikan.

“Walaupun kecacatan pada kualiti dianggap tidak mungkin berlaku pada tahap ini, kualiti kumpulan vaksin itu sedang disiasat,” kata EMA.

Sejak kempen imunisasi bermula, terdapat kes terpencil dilaporkan di beberapa negara apabila ada yang meninggal dunia selepas menerima vaksin. – AFP, 11 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen