Tentera Myanmar geledah rumah cari penunjuk perasaan


Myanmar terus bergolak dengan himpunan harian penunjuk perasaan anti rampasan kuasa mendesak demokrasi dikembalikan. – Gambar EPA, 10 Mac, 2021.

ORANG ramai di kawasan kediaman di Yangon dikepun sepanjang malam pada Selasa apabila pasukan keselamatan Myanmar mencari penunjuk perasaan anti rampasan kuasa, menggeledah dari rumah ke rumah.

Mereka menyasarkan rumah yang mengibarkan dan menggantung bendera parti pemimpin de facto Aung San Suu Kyi.

Myanmar bergolak sejak tentera menggulingkan kerajaan dan menahan Suu Kyi bulan lalu, mencetuskan demonstrasi jalanan berlaku setiap hari mendesak junta mengembalikan demokrasi.

Polis dan tentera membalas dengan meningkatkan kekrasan terhadap penunjuk perasaan.

Orang ramai sekali lagi memenuhi kawasan San Chaung di hab komersial ibu kota untuk mendesak pembebasan Sukk Kyi, pada Isnin, yang juga serentak sambutan Hari Wanita antarabangsa.

Menjelang malam, pasukan keselamatan menutup jalan itu dengan kira-kira 200 penunjuk perasaan masih ada di kawasan itu, menurut pejabat hak asasi manusia PBB.

Pasukan keselamatan mula menggeledah pangsapuri di situ selepas perkhidmatan Internet ditutup pada waktu malam di seluruh negara, kata penduduk.

Seorang penduduk berkata rumahnya turut digeledah walaupun tidak ada penunjuk perasaan bersembunyi di situ.

“Mereka rosakan kunci pangsapuri jika ia dikunci di pintu bawah,” kata penduduk.

Menjelang subuh, pasukan keselamatan berhenti menggeledah, dan beberapa penunjuk perasaan dapat melarikan diri dari kawasan itu. – AFP, 10 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen