Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun kepada 0.81, kata KP Kesihatan


Malaysia mencatat kadar kebolehjangkitan Covid-19 0.81 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mac, 2021.

MALAYSIA mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 0.81 semalam, turun sebanyak 0.07 mata, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Nilai Rt yang direkodkan pada Selasa ialah 0.88, tambahnya, di Twitter.

Perak mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1.12, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing pada 1.01 mata, manakala Negeri Sembilan 1.00.

Nilai Rt di Labuan dan Perlis kekal 0 mata susulan tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Malaysia semalam melaporkan 1,745 kes baharu Covid-19, menjadikan 305,880 kes direkodkan sejak pandemik melanda negara setahun yang lalu.

Sebanyak 2,276 kes pulih dicatatkan semalam, sekali gus menjadikan seramai 280,707 pesakit disahkan pulih sehingga kini. – 4 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen