Restoran, sekolah di Turki dibuka semula


Hampir dua juta rakyat Turki menerima dua dos lengkap sejak kempen imunisasi dilancarkan pada pertengahan Januari. – Gambar EPA, 2 Mac, 2021.

TURKI semalam membenarkan kebanyakan restoran dibuka semula dan pengunjung dibenarkan makan di premis, sementara lebih ramai pelajar kembali ke sekolah, selaras dengan sekatan koronavirus yang mula dilonggarkan.

Negara dengan populasi 83 juta itu menganggap diri merkea bertuah selepas merekodkan kurang 29,000 kematian akibat Covid-19 dan mengelak kes jangkitan harian yang melonjak, seperti dialami negara Eropah termasuk Britain dan Perancis.

Tetapi sekatan kesihatan di Turki menjejaskan ekonomi.

Kerajaan mengarahkan semua restoran ditutup pada November dan mengenakan perintah berkurung hujung minggu di seluruh negara.

Sekatan itu mula ditarik balik di wilayah yang merekodkan kadar jangkitan rendah.

“Normalisasi baharu dan terkawal kini bermula,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan di televisyen.

Sebahagian kadar jangkitan tinggi Turki direkodkan di wilayah Laut Hitam.

Kebanyakan restoran di Turki kini beroperasi pada kapasiti 50% dari 7 pagi hingga 7 malam.

Perintah berkurung hujung minggu untuk 15.5 juta penduduk akan dikuatkuasakan hanya pada Ahad. Ia akan ditarik balik untuk wilayah yang berisiko rendah.

Pra sekolah dan sekolah rendah akan dibuka semula di seluruh negara. Pelajar lebih besar juga akan kembali ke sekolah menengah dan menengah rendah, termasuk di Ankara.

Ia susukan lebih tujuh juta rakyat Turki sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin CoronaVac dari syarikat China, Sinovac.

Hampir dua juta rakyat Turki menerima dua dos lengkap sejak kempen imunisasi dilancarkan pada pertengahan Januari. – AFP, 2 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen