401,105 calon SPM 2020 duduki peperiksaan dalam norma baharu


Calon SPM 2020 menduduki kertas 1 dan 2 subjek Bahasa Melayu hari ini. Seorang pengawas peperiksaan di SMK Convent Bukit Nanas kelihatan membawa kertas arahan kepada calon hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 22 Februari, 2020.

HARI ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik Covid-19 yang menuntut mereka membawa “perisai” tambahan.

Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa “perisai” iaitu pelitup muka atau pelindung muka bagi mencegah penularan wabak tersebut.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen