AS terus desak tentera Myanmar henti kekerasan


Tentera Myanmar mengambil alih pemerintahan dan menggulingkan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu, sehingga mencetus tunjuk perasaan. – Gambar EPA, 20 Februari, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam mendesak tentera Myanmar menghentikan kekerasan dan melepaskan kuasa, susulan seorang penunjuk perasaan maut semalam akibat ditembak di kepala minggu lalu.

“Kami mengutuk sebarang bentuk keganasan ke atas rakyat Myanmar dan sekali lagi mendesak tentera menghentikan keganasan terhadap tunjuk perasaan aman,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price kepada pemberita.

“AS akan terus memimpin usaha diplomatik untuk menyeru masyarakat antarabangsa sama-sama menentang rampasan kuasa.”

Tentera Myanmar mengambil alih pemerintahan dan menggulingkan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu, sehingga mencetus tunjuk perasaan di negara itu.

Protes di Naypidaw pada 9 Februari bertukar ganas apabila polis bertindak melepaskan peluru getah ke arah penunjuk perasaan.

Mya Thwate Thwate Khaing, 20, terkena tembakan di kepala dan tidak sedarkan diri di hospital sebelum doktor mengesahkan kematiannya semalam. – AFP, 20 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen