Jumlah kes aktif menurun, kes pulih Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu


Ragananthini Vethasalam

Malaysia mempunyai 36,797 pesakit Covid-19 ketika ini yang mana ie menunjukan penurunan kes aktif sejak 13 Februari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Februari, 2021.

JUMLAH kes aktif Covid-19 menurun manakala jumlah kes pulih melebihi kes jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 36,797 kes aktif setakat 12 tengah hari ini, menurun daripada 38,764 yang dilaporkan sehari sebelum ini.

Terdapat trend menurun dalam kes aktif sejak 13 Februari, yang mana jumlah kes jangkitan aktif yang kekal pada 51,558 kini menurun kepada 36,797.

Sementara kes pulih terus melebihi jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 selepas 4,889 didiscaj dalam tempoh 24 jam lalu.

Dengan ini, jumlah keseluruhan kes pulih kini adalah 239,971.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2,936 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 277,811.

Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan 978 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur mading-masing 730 dan 227 kes.

Sementara itu, 13 kes kematian baharu turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,043.

Noor Hisham berkata 220 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 104 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 19 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen