Sultan Nazrin perkenan bilangan jemaah masjid dan surau ikut keluasan


Sultan Perak perkenan semua masjid dan surau menerima bilangan jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah, mengikut keluasan dewan solat utama dengan mematuhi jarak fizikal berkuat kuasa pada solat Maghrib Khamis ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2021.

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan semua masjid dan surau menerima bilangan jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah, mengikut keluasan dewan solat utama dengan mematuhi jarak fizikal berkuat kuasa pada solat Maghrib Khamis ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin turut berkenan semua surau termasuk surau dalam kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang, mendirikan solat Jumaat agar seramai mungkin jemaah berpeluang menunaikannya.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen