Pemberontak serang lokasi tentera Condo, 11 terkorban


Lubumbashi adalah ibu kota wilayah Katanga yang kaya dengan hasil lombong, ia adalah bandar kedua terbesar di negara itu. – Gambar EPA, 14 Februari, 2021.

SEBELAS orang terbunuh dalam serangan pemberontak ke atas dua kem tentera di Republik Congo pada Ahad, kata datuk bandar.

Empat anggota keselamatan, seorang awam selain enam pemberontak mati dalam serangan tersebut, kata Datuk Bandar Lubumbashi, Ghislain Robert.

Jeff Mbiya, anggota sebuah masyarakat sivil yang bekerjasama dengan kerajaan memberitahu bahawa pemberontak menyasarkan kem Kimbembe dan Kibati dalam serangan itu.

Penduduk di kawasan itu berkata mereka mendengar bunyi tembakan di beberapa daerah ketika serangan itu berlaku.

Lubumbashi adalah ibu kota wilayah Katanga yang kaya dengan hasil lombong, ia adalah bandar kedua terbesar di negara itu.

Bekas presiden Joseph Kabila, yang berasal dari wilayah itu, kembali ke sana pada bulan Disember selepas berlaku pertelingkahan antara penyokongnya dan pengganti beliau, Felix Tshisekedi.

Militan Bataka-Katanga adalah kumpulan militan yang dipercayai mendalangi serangan tersebut.

Kumpulan itu memperjuangkan pemisahan wilayah dari Congo. Serangan mereka sering menyasarkan andar Lubumbashi. Dua anggota polis dan seorang askar terbunuh dalam serangan sebelum ini pada 26 September 2020. – AFP, 14 Februari, 2021.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen