EMPAT orang maut akibat wabak Ebola di Guinea, dipercayai tercetus semula selepas lima tahun, umum kementerian kesihatan negara itu semalam.
Menterinya Guinea Remy Lamah berkata kematian terbaharu itu membimbangkan.
Wabak Ebola dikesan di Guinea dari 2013 hingga 2016 dan telah meragut 11,300 nyawa.
Ketua Agensi Keselamatan Kesihatan Sakoba Keita berkata mangsa terbaharu wabak merupakan seorang jururawat yang jatuh sakit akhir bulan lepas dan dikebumikan pada 1 Februari.
“Lapan orang yang terlibat ketika pengebumian mengalami cirit-birit, muntah dan pendarahan.
“Tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi dimasukkan ke hospital,” katanya dipetik media tempatan.
Menurut Keita, empat kematian akibat Ebola yang dilaporkan berlaku di wilayah Nzerekore.
Seorang pesakit ‘terlepas’, bagaimanapun ditemui semula dan dimasukkan ke hospital di Conakary, tambahnya.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata agensi itu telah dimaklumakn menegenai dua kes yang disyaki Ebola di Guinea.
“Ujian pengesahan sedang dijalankan,” tulisnya di Twitter.
Republik Demokratik Congo pada Khamis mengesahkan kemunculan semula Ebola, tiga bulan selepas pihak berkuasa mengisytiharkan negara itu bebas dari penularan wabak tersebut. – AFP, 14 Februari, 2021.
Komen