Melaka catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi, kata Noor Hisham 


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkongsikan infografik Rt di akaun Twitter beliau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Februari, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Semalam, kes baharu positif pandemik Covid-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan. – Bernama, 14 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen