Pulihkan ringgit jadi keutamaan jika Pakatan berjaya tawan Putrajaya


Chan Kok Leong

Pakatan Harapan akan mempertimbangkan exchange control dan pengurusan kewangan negara akan lebih telus dari segi dasar serta amalan pentadbiran ekonomi negara sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya pada PRU14. – Gambar Wikipedia, 30 Disember, 2017.

PERKARA pertama yang akan dilakukan Pakatan Harapan (PH) jika ia berjaya menawan Putrajaya adalah memulihkan nilai ringgit, kata Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

“Perkara yang pertama ialah memulih nilai mata wang ringgit. Akan ditimbang sama ada exchange control akan diamal semula jika perlu dan pengurusan kewangan negara akan lebih telus dari segi dasar dan amalan pentadbiran ekonomi negara akan mengambil kira pandangan stake-holders, seperti pemandu teksi dan penganggur dan dewan-dewan perniagaan,” kata Dr Mahathir semasa ucapan dasarnya di mesyuarat agung tahunan Bersatu di Shah Alam hari ini.

Bekas perdana menteri merangkap menteri kewangan itu, yang melaksanakan kawalan tukaran asing untuk menstabilkan nilai ringgit semasa krisis kewangan 1997, berkata PH juga akan mengutamakan peluang pekerjaan jika ia berkuasa.

“Jika perlu perlindungan akan diberi kepada industri baru sehingga berdaya saing,” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi PH.

Dr Mahathir, yang berjaya menukar Malaysia daripada ekonomi berasakan pertanian kepada kuasa perindustrian serantau berkata pelaburan langsung asing bermaksud membawa modal dan teknologi baru untuk menubuhkan syarikat pembuatan tempatan.

Foreign Direct Investment (FDI) bermakna membawa masuk modal dan teknologi untuk mendiri kilang pembuatan, yang mengeluar barangan untuk pasaran tempatan dan untuk eksport.

“Pembelian tanah untuk mendiri bandar untuk pendatang asing tidak termasuk dalam takrif pelaburan asing.”

Beliau berkata tanah yang ditebus guna akan ditadbir oleh kerajaan tempatan dan tidak akan ada milik kekal kepada sesiapapun. – 30 Disember, 2017.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen