Biden gesa tentera lepaskan kuasa di Myanmar


Pemangku presiden Myint Swe (tengah), Ketua Komander Tentera Jeneral Min Aung Hlaingg dan pemimpin tentera dalam Majlis Keselamatan da Pertahanan Negara Myanmar hadir mesyuarat di Istana Presiden di Naypyitaw semalam. – Gambar EPA, 2 Februari, 2021.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, menggesa tentera Myanmar melepaskan kuasa dan membuat semakan terhadap pertimbangan mengenakan semula sekatan ketika peralihan negara itu berlaku.

Biden dalam satu kenyataan berkata masyarakat antarabangsa perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada tentera Myanmar supaya segera melepaskan rampasan kuasa.

“AS menghapuskan sekatan ke atas Burma sejak sedekad lalu, berdasarkan kemajuan ke arah demokrasi,” katanya menggunakan nama terdahulu Myanmar.

“AS akan memperjuangkan demokrasi di mana saja, jika ia diganggu,” katanya.

Peralihan demokrasi di Myanmar awalnya dilihat sebagai kejayaan besar pentadbiran bekas presiden Barack Obama, dengan negara ditempatkan secara strategik itu dilihat bergerak menuju demokrasi dan jauh daripada orbit China.

Bagaimanapun, pemimpin demokrasi Myanmar yang pernah menjadi ikon, Aung San Suu Kyi pernah dikritik pihak barat kerana enggan mengecam pembunuhan besar-besaran etnik Muslim Rohingya.

“AS akan memberi perhatian terhadap mereka yang bersama-sama dengan rakyat Myanmar untuk berdepan situasi sukar ini.

“Kita akan bekerjasama dengan rakan lain di seluruh dunia untuk mendukung pemulihan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, serta bertanggung jawab kepada mereka yang membatalkan peralihan demokrasi di Myanmar,” kata Biden. – AFP, 2 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen