WHO selar pihak kritik siasatan asal usul Covid-19


Ahli pasukan WHO yang menyiasat punca Covid-19 tiba di pusat kawalan dan pencegahan wabak Wuhan di Hubei semalam. – Gambar AFP, 2 Februari, 2021.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kritikan terhadap siasatan asal usul pandemik Covid-19 dan mencabar pihak yang mengaku lebih tahu tampil dengan memberi maklumat.

Pasukan penyiasat WHO kini berada di Wuhan, China iiatu lokasi pertama kes ditemui pada Disember 2019 untuk berusaha mengumpul punca virus itu merebak daripada haiwan ke manusia, dan setakat ini mengorbankan lebih 2 juta orang.

Pengarah Kecemasan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michael Ryan menyelar pengintip misi itu dan menegaskan pihak yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kaedah penularan wabak berkenaan perlu tampil.

Katanya, banyak pengkritik menjelaskan “tidak akan menerima laporan itu bila ia diterbitkan”, atau ada “risikan lain tersedia yang mungkin menunjukkan penemuan berbeza” mengenai kaedah virus itu merebak.

“Jika anda ada jawapan… beritahu kami,” katanya pada sidang media di ibu pejabat WHO di Geneva.

Ryan turut mempersoalkan sama ada pihak terbabit turut bertanggungjawab apabila berkata akan menolak laporan sebelum ia ditulis? dan adakah anda mempunyai maklumat risikan yang tidak diketengahkan?

Misi WHO ditambah dnegan beban politik apabila China menolak akses pasukan itu hingga pertengahan bulan lalu, serta persoalan mengenai harapan penemuan pakar, setahun kemudian.

Beijing berminat untuk memberi tumpuan kepada pemulihan wabak terbabit. Pasukan itu mengadakan lawatan pameran propaganda bagi meraikan pemulihan China daripada wabak di Wuhan, Sabtu lalu. – AFP, 2 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen