Tak timbul isu tidak patuh arahan bekas peguam negara, kata Puravalen


Tribunal SPR ditubuhkan pada 2018 bagi mencabar bekas timbalan pengerusi SPR Othman Mahmood, dan beberapa orang pesuruhjaya; Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Leo Chong Cheong dan K Bala Singam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Februari, 2021.

PEGUAM M. Puravalen malam ini mempertikaikan kejadian yang didakwa Tommy Thomas di tribunal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2019 sekali gus menegaskan bahawa tidak timbul isu tidak patuh kepada arahan bekas peguam negara apabila beliau mengemukakan kes itu yang disifatkan beliau sebagai akademik.

“Kita jangan buka kotak Pandora,” tulis beliau dalam surat terbuka kepada Tommy Thomas.

Surat terbuka itu dihantar kepada media bagi menjelaskan beberapa perkara yang menyebabkan beliau diberhentikan sebagai pegawai yang mengendalikan tribunal terhadap enam orang pesuruhjaya SPR.

Peguam kanan itu adalah orang kedua yang mempertikaikan satu bab dalam buku terbaru Tommy Thomas - My Story: Justice in the Wilderness yang baharu sahaja menjengah pasaran.

“Tulisan pembukaan saya kepada tribunal sudah diberikan kepada Tommy 4 hari sebelum persidangan tribunal. Pendirian saya jelas menyatakan bahawa ia bersifat akademik,” kata Puravalen dalam surat tersebut.

Beliau berkata bahawa perenggan 19 hingga 21 “secara jelas menyatakan demikian, ditambah pula pengesahan waktu digital bagi semua urusan surat menyurat dengan Thomas boleh dilihat dalam fail simpanan pejabat Peguam Negara (PPN).

Beliau menambah bahawa Thomas telah memanggil bermessyuarat di rumah beliau pada malam persidangan petang Ahad bersama pegawai khasnya Ann Khong, pegawai persekutuan dan seorang peguam.

“Tommy menjelaskan bahawa saya tidak akan mewakili Pejabat Peguam Negara pada keesokan harinya. Beliau berkata bahawa saya hanyalah seorang pegawai yang dilantik untuk membantu tribunal. Ini terjadi walaupun dia sendiri yang melantik saya dengan kuasanya!

“Semua hasrat (intitulement) yang melibatkan PPN dalam dokumen saya telah dikeluarkan pada malam itu di hadapan pegawai-pegawainya,” kata beliau di samping turut menambah bahawa rekod prosiding-prosiding itu akan menunjukkan bahawa seorang peguam persekutuan akan bercakap di tribunal itu bagi pihak Thomas pada keesokan harinya.

“Ini dijelaskan secara khusus oleh korum,” katanya lagi.

“Persoalan tidak patuh tidak pernah ada. Kedudukan saya dalam undang-undang telah dibenarkan oleh tribunal meskipun usaha beliau tidak berjaya  meyakinkan tribunal tersebut,” kata Puravalen dengan menoktahkan karya itu dengan peringatan mengenai kotak Pandora.

Dalam bukunya, Thomas mendakwa Puravalen tidak mematuhi arahannya pada mesyuarat tribunal bertarikh 28 Januari 2019 dan peguam itu diberhentikan.

Tribunal tersebut ditubuhkan pada 2018 bagi mencabar bekas timbalan pengerusi SPR Othman Mahmood, dan beberapa orang pesuruhjaya; Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Leo Chong Cheong dan K Bala Singam.

Mereka didakwa melakukan salah laku walaupun telah mengundurkan diri sehari sebelum tribunal tersebut diumumkan.

Bekas pengerusi SPR Hashim Abdullah tidak didakwa atas kesalahan salah laku kerana beliau mengundurkan diri sebelum persetujuan Agong untuk menubuhkan tribunal atas tuduhan salah laku oleh beberapa orang pesuruhjaya.

Tiga belas pertuduhan dikenakan terhadap enam bekas pesuruhjaya itu kerana berperanan dalam menyediakan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan cara pilihan raya umum 9 Mei 2018 dilaksanakan.

Peguam yang mewakili mereka berkata bahawa klien mereka tidak boleh dibicarakan kerana Agong telah menerima pengunduran diri mereka. Mereka juga berkata bahawa Thomas tidak mengeluarkan surat penggantungan terhadap enam pesuruhjaya tersebut setelah mendapat persetujuan untuk menubuhkan tribunal.

Tribunal itu kemudian mengundi 3-2 untuk tidak meneruskan prosiding selepas pihak menyerahkan semua dokumen. – 1 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen