PM Itali letak jawatan


Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan akan meletak jawatan hari ini, di mana media tempatan melaporkan ia adalah cubaan untuk membina kerajaan baharu. – Gambar EPA, 26 Januari, 2021.

PERDANA Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan akan meletak jawatan hari ini, di mana media tempatan melaporkan ia adalah cubaan untuk membina kerajaan baharu selepas beberapa minggu berlaku kemelut politik.

Beliau mengadakan mesyuarat Kabinet pada 9 pagi di mana beliau akan memaklumkan menteri hasratnya untuk ke Quirinale (pejabat Presiden Sergio Mattarella) untuk meletak jawatan, kata pejabatnya.

Laporan media menjangka Conte akan mendapatkan mandate untuk menubuhkan kerajaan baharu Itali ketika ia berdepan pandemik koronavirus, yang setakat ini meragut nyawa 85,000 warganya dan melumpuhkan ekonomi.

Gabungan pemerintah goyah sejak bekas perdana menteri Matteo Renzi menarik keluar parti kecilnya, Italia Viva pada 13 Januari.

Conte selamat dalam undi percaya di parlimen minggu lalu tetapi gagal mendapatkan majority di peringkat Senat, menyebabkan kerajaannya lemah.

Peletakan jawatannya itu menjelang ucaptama reformasi kehakiman minggu ini, di mana pengkritik melihatnya sebagai kerajaan yang hamper kalah.

“Percaturan Conte ialah dengan meletak jawatan awal, dan elak kekalahan memalukan di Senat minggu ini, beliau akan meningkatkan peluangnya mendapat mandate daripada Mattarella bagi menubuhkan kerajaan baharu,” kata Wolfango Piccoli daripada konsultan Teneo.

Katanya, beliau mungkin cuba meraih sokongan lebih luas daripada gabungannya yang terdiri daripada parti populis Five Star Movement (M5S) dan Democratic Party (PD). – AFP, 26 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen