Biden 'terbalikkan' banyak keputusan Trump


Presiden AS Joe Biden menandatangani sejumlah perintah eksekutif semalam, membatalkan dan menterbalikkan keputusan dibuat Donald Trump sebelum ini. – Gambar AFP, 21 Januari, 2021.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam melancarkan pentadbirannya dengan menandatangani sejumlah perintah eksekutif semalam termasuk keputusan untuk menyertai semula perjanjian iklim Paris.

Perintah berkenaan turut “menukar balik”  pelbagai keputusan dibuat oleh presiden sebelum ini, Donald Trump.

Antara lain ialah menamatkan proses meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), larangan kemasukan daripada kebanyakan negara Islam, meningkatkan perlindungan alam sekitar dan menguatkan usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Kita akan menangani perubahan iklim dengan cara yang kita tidak pernah lakukan selama ini,” kata Biden. – AFP, 21 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen