Seremban, Port Dickson dikenakan PKP bermula esok, kata Ismail


Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua daerah berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insigt, 18 Januari, 2021.

DUA daerah di Negeri Sembilan ditempatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai tengah malam ini, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan berkata Seremban dan Port Dickson akan dikenakan PKP selama 14 hari sehingga 1 Februari susulan lonjakan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan berkenaan.

Beliau berkata terdapat peningkatan kes secara drastik di Seremban dalam 14 hari terakhir iaitu dari 777 kepada 876 kes.

“Selain itu banyak daerah kecil di Seremban juga merupakan zon merah. Tujuh dari sembilan daerah kecil adalah zon merah dan jumlah kes yang yang dilaporkan adalah sekitar 56 hingga 283 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata PKP Dipertingkatkan di Kg Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah berakhir hari ini.– 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen