Program vaksin Covid-19 berjalan lancar, kata menteri India


Seramai 224,000 juta penduduk di India telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. – Gambar EPA, 18 Januari, 2021.

SERAMAI 224,000 juta penduduk di India telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19, dengan hanya tiga individu dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan, kata Kementerian Kesihatan negara itu semalam.

Pengawal selia perubatan India memberi kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covishield AstraZeneca yang dihasilkan Serum Institute of India dan Covaxin buatan Bharat Biotech.

India bercadang untuk memberi suntikan kepada 300 juta pertama daripada 1.3 bilion penduduknya dengan memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan, individu berusia 50 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

“Kami menerima maklum balas yang memberangsangkan pada hari pertama program,” kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan pada Sabtu.

“Vaksin ini akan menjadi ‘Sanjeevani’ (penyelamat) dalam usaha melawan virus.”

Kementerian Kesihatan pada Sabtu berkata seramai 447 orang melaporkan kesan sampingan - kebanyakannya demam, sakit kepala dan loya -  selepas menerima suntikan. Bagaimanapun, hanya tiga dimasukkan ke hospital, dengan dua daripadanya telah dibenarkan pulang.

Program suntikan vaksin setakat ini telah meliputi enam negeri setakat semalam.  – AFP, 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen