AS kutuk penahanan pengkritik Kremlin


Alexei Navalny (berjaket hijau) ditahan di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow tidak sampai sejam tiba dari Jerman semalam. – Gambar EPA, 18 Januari, 2021.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo semalam mengutuk keras penahanan pengkritik Kremlin Alexei Navalny, yang ditahan sebaik tiba di Rusia selepas menjalani rawatan akibat diracun.

Pompeo dalam satu kenyataan berkata AS bimbang penahanan itu adalah cubaan terbaharu untuk mendiamkan Navalny dan pemimpin pembangkang lain serta menyekat kebebasan bersuara di Rusia.

“AS mengecam penahanan Alexei Navalny,” katanya.

Navalny ditahan di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow tidak sampai sejam tiba dari Jerman. Pengkritik Rusia berusia 44 tahun itu dirawat di Jerman akibat diracun agen saraf Noivichok, yang beliau dakwa atas arahan Presiden Vladimir Putin.

Pompeo dalam kenyataan bersama Kesatuan Eropah juga menuntut Navalny dibebaskan segera.

Menurutnya pemimpin politik sebenar tidak akan takut kepada kebebasan bersuara mahupun mengenakan tindakan keras atau menahan lawan secara salah. – AFP, 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen