Mahkamah Mesir arah rampas aset Morsi, 88 ahli Ikhwanul Muslimin


Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perbicaraan di mahkamah pada Jun tahun lalu. – Gambar EPA, 18 Januari, 2021.

MAHKAMAH Mesir semalam mengarahkan aset milik bekas presiden Mohamed Morsi dan 88 ahli kumpulan gerakan Ikhwanul Muslimin dirampas, kata sumber.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan nilai aset yang dirampas.

“Mahkamah mengarahkan aset 89 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin untuk diserah kepada perbendaharaan,” kata sumber yang mahu namanya dirahsiakan.

Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jun tahun lalu semasa dalam perbicaraan dan selepas enam tahun dipenjarakan. 

Mahkamah mengarahkan semua aset keluarganya dirampas, termasuk aset pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie, Khairat al-Shater dan Mohamed Beltagy, yang kesemuanya dijatuhi hukuman penjara.

Mahkamah pada 2018 juga mengarahkan aset serta syarikat pemimpin-pemimpin kanan gerakan yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas.

Morsi presiden pertama dipilih secara demoktarik pada Jun 2012 tetapi digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa oleh tentera yang dipimpin Abdel Fattah al-Sisi pada Julai 2013. – AFP, 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen