Malaysia akan lebih teruk jika PKP gagal, kata Dr Noor Hisham


Ragananthini Vethasalam

Sekiranya kita tidak ikut PKP dengan baik, perkara lebih buruk akan berlaku. Peringatan harian buat semua, katanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Januari, 2021.

KEADAAN akan lebih buruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) gagal menundukkan penularan Covid-19 di negara ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sekiranya kita tidak ikut PKP dengan baik, perkara lebih buruk akan berlaku. Peringatan harian buat semua, “sila tinggal di rumah”. 

“Duduk di rumah dan kekal selamat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan melalui Twitter hari ini.

Kenyataannya itu dimuat naik hanya beberapa jam selepas Malaysia melaporkan kes Covid-19 yang paling tinggi sejak bermulanya pandemik ini.

Hari ini, Malaysia memecahkan semua rekod harian dengan melaporkan 4,029 jangkitan baharu.

Ini adalah kali pertama negara melaporkan lebih 4,000 kes baharu dalam sehari.

Noor Hisham dalam satu kenyataan awal hari ini berkata, kes-kes baharu telah menjadikan jumlah kes meningkat kepada 155,095 sementara kes aktif meningkat kepada 37,126.

Tambahnya, kes import mancatatkan lapan kes.

Berhubung pesakit yang telah pulih, Noor Hisham berkata, 2,148 orang telah didiscaj dari hospital dalam 24 jam sebalum.

Dengan ini, katanya, jumlah kes pulih kini berjumlah 117,375.

Terdapat lapan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian 594 orang. – 16 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen