Pfizer, BioNTech tambah pengeluaran vaksin, lambatkan penghantaran seminggu


Kedua syarikat itu ingin menambahkan jumlah pengeluaran dan sekali gus melambatkan proses penghantaran selama seminggu. – Gambar AFP, 16 Januari, 2021.

PFIZER dan BioNTech hari ini mengumumkan mereka akan hanya akan melewatkan penghantaran vaksin mereka selama seminggu, setelah kerisauan melanda Eropah berikutan penghantaran vaksin Covid-19 itu diperlambatkan sehingga sebulan.

Syarikat farmasi Amerika Syarikat dan rakannya dari Jerman itu “telah mempercepatkan rancangan yang akan meningkatkan jumlah pembuatan selain menyalurkan dos yang lebih banyak pada suku kedua,” kata kedua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

“Akibatnya, fasiliti kami di Puurs, Belgium akan mengalami pengurangan sementara dalam jumlah dos yang diberikan pada minggu mendatang.”

Pfizer dan BioNTech berjanji penghantaran ke Kesatuan Eropah akan kembali kepada jadual asal bermula minggu hadapan, dan peningkatan penghantaran bermula pada minggu 15 Februari.

“Untuk mencapai ini, perubahan proses pengeluaran tertentu sangat diperlukan sekarang.”

Pfizer berkata, ia akan menunda pengiriman tusukan itu selama tiga hingga empat minggu kerana kerja-kerja di kilang utamanya di Belgium.

Meraka berkata pengubahsuaian di kilang Puurs perlu diutamakan supaya dapat meningkatkan kapasiti pengeluarannya.

Di Eropah yang dilanda teruk, pernyataan itu menimbulkan kebimbangan bahawa kelewatan itu dapat memperlambat peluasan vaksin yang telah menghadapi kritikan berat.

Enam menteri kesihatan EU menandatangani surat kepada Suruhanjaya Eropah pada hari Jumaat untuk menyatakan “keprihatinan teruk” terhadap penundaan penghantaran.

Vaksin Pfizer-BioNTech, yang dikembangkan dengan kecepatan tinggi, menjadi yang pertama yang disetujui untuk penggunaan umum oleh negara Barat pada 2 Disember ketika Britain memberikannya langkah awal. – AFP, 16 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen