AS perlu rasional jalin dagang dengan China


AS perlu rasional mendengar tuntutan dalam negeri dan mencipta suasana kondusif untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China. – Gambar fail EPA, 16 Januari, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) perlu rasional mendengar tuntutan dalam negeri dan mencipta suasana kondusif untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam taklimat media semalam ketika diminta mengulas laporan ekonomi yang disiarkan Majlis Perniagaan AS-China (USCBC).

Menurut laporan itu, AS memperoleh manfaat daripada perdagangan dengan China.

Pada 2019, sebanyak 1.2 juta peluang pekerjaan tersedia kepada masyarakat tempatan hasil eksport ke China. Tetapi, perang perdagangan yang dicetuskan terhadap China gagal memacu ekonomi AS sendiri, sebaliknya menyebabkan hilangnya 245,000 peluang kerja di negara itu.

Zhao Lijian berkata laporan tersebut jelas memperlihatkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS adalah saling menguntungkan.

AS digesa bertindak sehaluan dengan China untuk menyediakan suasana yang bermanfaat kepada perkembangan sihat kerjasama ekonomi dan perdagangan, agar membawa kesejahteraan untuk rakyat dua negara. – Bernama, 16 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen