Salleh Abas meninggal dunia


Mohamed Salleh Abas meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19, dua hari lalu. – Gambar Google, 16 Januari, 2021.

BEKAS ketua hakim negara, Mohamed Salleh Abas, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi mengesahkan Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya. – Bernama, 16 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen