Darurat beri lebih masa kepada Muhyiddin, kata penganalisis 


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pernah menjelaskan dakwaan beliau "menawarkan" jawatan kepada ahli Parlimen Umno untuk mendapatkan sokongan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Januari, 2021.

PERISYTIHARAN darurat akan memberi lebih banyak masa kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

“Beliau boleh menggunakan masa yang ada ini untuk mendapatkan lebih ramai ahli Parlimen menyertai Perikatan Nasional,” kata Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Namun ia agak sukar melihatkan kepada cara kerajaan yang tidak efisyen dalam menguruskan krisis Covid-19,” kata pensyarah sains politik itu.

Ketika timbul dakwaan “membeli sokongan”, wujud asas untuk menyokongnya kerana ramai ahli politik “kerajaan” dibawa masuk ke Kabinet dan dilantik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan selepas Muhyiddin menjadi perdana menteri tahun lalu.

Malah, presiden Bersatu itu tidak pernah menjelaskan dakwaan beliau “menawarkan” jawatan kepada ahli Parlimen Umno untuk mendapatkan sokongan mereka.

Dakwaan berhubung kenyataan itu dipercayai dibuat pada mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Februari, sehari sebelum beliau mengeluarkan parti itu dari Pakatan Harapan.

Tunku Mohar mengatakan bahawa ketika kerajaan dibenarkan untuk memgembalikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), proklamasi darurat adalah “keterlaluan”.

“Nampaknya dengan pengumuman PKP yang sudah dibuat, darurat hanyalah satu skim untuk survival politik Perikatan.

Ia berlebihan, tetapi jelas bahawa Darurat memberikan sokongan kepada sebarang cabaran terhadap kesahihan rejim.

“Sekiranya apa yang Muhyiddin katakan adalah sesuatu yang harus ditangani, kita berharap jawatankuasa bebas akan memutuskan mengenai bila darurat akan berakhir demi kepentingan negara,” kata Tunku Mohar.

Walaupun sudah mengumumkan pelaksanaan semula PKP pada Isnin, Muhyiddin hari ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan Proklamasi Darurat, yang berkuatkuasa sehingga 1 Ogos.

Perdana menteri berkata perintah darurat akan memberi kuasa lebih meluas kepada kerajaan untuk menangani krisis Covid-19. – 13 Januari, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen