Jepun isytihar darurat di Tokyo, 3 wilayah berdekatan 


Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa.

PERDANA Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan. – Bernama, 7 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen