Pulau Pinang zon merah Covid-19


Lima daerah di Pulau Pinang kini dikategorikan sebagai zon merah selepas jumlah kes aktif di negeri berkenaan meningkat kepada 1,144 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2021.

KESEMUA lima daerah di Pulau Pinang kini menjadi zon merah Covid-19 susulan jumlah kes aktif di negeri berkenaan yang meningkat kepada 1,144. 

Sehingga semalam daerah Timur Laut dan Barat Daya di pulau itu mendahului dengan masing-masing mencatatkan 430 dan 406 kes. 

Sementara itu Seberang Perai Utara di daratan yang merupakan zon oren pada 2 Januari kini menjadi zon merah selepas kes meningkat kepada 57 kes.

Sebarang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, masing-masing melaporkan 70 dan 181 kes.

Selain Pulau Pinang, negeri lain yang menjadi zon merah sepenuhnya adalah Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Melaka. 

Menurut infografik oleh Kementerian Kesihatan, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih mempertahankan statusnya sebagai zon hijau dan bebas dari jangkitan.

Pengkategorian zon merah adalah untuk kawasan dengan lebih 41 kes sementara kawasan dengan antara 20 hingga 40 kes dianggap sebagai zon oren.

Zon kuning adalah kawasan yang mempunyai antara satu hingga 19 kes manakala tempat tanpa sebarang kes dikategorikan sebagai zon hijau. – 4 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen