Arab Saudi buka semula semua pintu sempadan


Sempada laut, darat dan udara Arab Saudi yang ditutup pada 20 Disember lalu berikutan varian baharu virus Covid-19 kini dibuka semula. – Gambar AFP, 4 Januari 2021.

ARAB Saudi semalam membuka semula semua sempadan laut, darat dan udara yang ditutup 20 Disember lalu berikutan varian baharu virus Covid-19, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Individu dari United Kingdom dan Republik Afrika Selatan yang mahu memasuki Arab Saudi dan tidak mempunyai kewarganegaraan, diwajibkan menjalani kuarantin sekurang-kurangnya 14 hari di negara yang tidak mencatatkan kes membabitkan varian baharu itu.

Sementara penduduk Arab Saudi yang dibenarkan memasuki negara itu untuk tujuan kemanusiaan atau sebab-sebab lain, perlu menjalani kuarantin 14 hari di rumah dan  mengambil ujian PCR pada hari keenam ketibaan mereka. – Bernama, 4 Januari 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen