Twitter bakal perkenal fungsi baharu tahun depan


Twitter merancang perkenaln satu lagi pilihan sama ada untuk menyimpan atau menutup 'akaun peringatan' iaitu akaun pengguna yang meninggal dunia. – Gambar EPA, 18 Disember, 2020.

TWITTER bakal memperkenalkan fungsi baharu pada tahun depan untuk membolehkan pengguna membezakan antara akaun yang dikendalikan oleh manusia dan automatik, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Pada 2021, kami merancang membangunkan jenis akaun baharu untuk mengenal pasti akaun automatik (bot) dengan akaun dikendalikan manusia, bertujuan memudahkan pengguna membezakannya,” umum syarikat itu pada Khamis.

Hantaran Twitter secara automatik, juga disebut bot, dapat digunakan untuk berkongsi pemberitahuan kecemasan yang berguna, tetapi ia juga mungkin alat propaganda dan maklumat yang salah.

Twitter berkata pada tahun depan pihaknya juga merancang memperkenalkan satu lagi pilihan sama ada untuk menyimpan atau menutup “akaun peringatan” iaitu akaun pengguna yang meninggal dunia. – Bernama, 18 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen