Pengguna Twitter bidas DAP berhubung kerjasama dengan Umno di Perak


Ragananthini Vethasalam

Ciapan Adun Aulong Nga Kor Ming mengenai kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan Umno di Perak mencetuskan pelbagai kritikan.– Gambar Twitter, 7 Disember, 2020.

RANCANGAN DAP Perak untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak menerima kritikan pengguna media sosial, yang membidas kerajaan Pakatan Harapan kerana mengubah pendirian dan sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya.

Mereka mengkritik kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Adun Aulong Nga Kor Ming di Twitter berhubung kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membentuk kerajaan negeri yang kukus, stabil dan berbilang kaum.

“Berdasarkan krisis politik kini, Perak memerlukan kerajaan yang berbilang kaum, bersih, stabil dan kukuh berpandukan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Saya sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berkongsikan matlamat ini. Adakah kamu sudah sedia? kata Nga yang juga ahli Parlimen Teluk Intan menerusi Twitter.

Menguas kenyataan itu, pengguna media mempersoal perubahan pendirian DAP terhadap Umno yang ditentangnya sejak enam dekad lalu serta dikritik kerana rasuah, kronisma serta tadbir urus yang teruk.

“Nak bercakap mengenai penngkhianatan? Inilah pengkhianatan sebenar,” kata pengguna Twitter Anonymity.

Beberapa pengguna lain turut mempersoalkan kejujuran Umno dan menggesa semua pihak dalam pakatan agar berhati-hati dengan parti itu, dan ada yang mengatakan caangan Nga hanya untuk survival politik dalam berdepan pilihan raya akan datang.

“Cuba-cuba renungkan sekejap. Umno tu ikhlas ke dalam perjuangan? Orang sibuk fokus bab belanjawan.. dia sibuk nak tukar MB sana sini.. SIAPA YANG PENGKHIANAT??

“Nampak tak? Baik Umno, Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Pas, kesemuanya sanggup gadai apa saja demi kuasa politik,” kata Qaseh_Khadeijah.

Perubahan menteri besar merujuk kepada usul undi percaya yang dibawa oleh Adun Umno terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu Jumaat lalu, yang mana beliau tewas. Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu meletakkan jawatan pada Sabtu. – 7 Disember, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen