Mahkamah putuskan penghakiman 2 bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto


Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata doktrin de facto bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2020.

MAHKAMAH Persekutuan memutuskan penghakiman dua bekas hakim kanan, yang pelantikan mereka sebagai hakim tambahan dicabar kerana didakwa melanggar perlembagaan, adalah dilindungi “doktin de facto”.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata meskipun jika mahkamah menerima hujah bahawa pelantikan bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif dan bekas presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin adalah tidak sah, namun penghakiman mereka akan kekal berdasarkan doktrin de facto.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen