Plus tawar rebat tol 20% sempena Krismas


Rebat itu diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lubuh raya kendalian Plus.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2017.

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menawarkan rebat tol sebanyak 20% kepada pemegang kad PLUSMiles bersempena cuti perayaan Hari Krismas Isnin ini.

Plus dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna kad Touch n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10% sepanjang hari pada 25 Disember ini.

“Rebat itu diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian Plus.

“Pada hari tersebut (25 Disember), orang ramai masih perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat tersebut hanya akan dimasukkan dalam kad PLUSMiles dan Touch n Go (dalam bentuk tambah nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat pelanggan Plus bermula 15 Januari sehingga 14 April,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, rebat tersebut tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang. – Bernama, 21 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen