Pakatan bincang calon PM di belakang tabir, kata Nurul Izzah


Noel Achariam

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Harapan sentiasa berbincang mengenai calon perdana menteri sementara mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Disember, 2017.

NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, perbincangan mengenai calon yang akan dikemukakan Pakatan Harapan sebagai perdana menteri tidak akan didedahkan kepada umum.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Pakatan Harapan juga sentiasa membincangkan perkara itu.

“Saya pengamal demokrasi, begitu juga parti saya. Ketua Umum PH (Anwar Ibrahim) amat menyedari hakikat yang ia (perbincangan) melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Perbincangan dijalankan dibelakang tabir, disebabkan gambaran yang tidak baik (mengenai Dr Mahathir) di media,” katanya di majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR dan Pt3 di kawasannya hari ini.

The Malaysian Insight melaporkan Pengerusi PH dan Bersatu Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk menjadi perdana menteri sementara.

Beliau berkata akan menerima cadangan PH untuk mencalonkannya sebagai perdana menteri pembangkang jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam pemukiman PH awal bulan ini, parti-parti komponen kecuali PKR bersetuju untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya ia menang PRU14.

Wan Azizah berkata perkara itu perlu dibawa ke biro politik PKR supaya dibincangkan lebih lanjut sebelum pengumuman dibuat.

Pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Nurul Izzah berkata ahli-ahli Umno telah memberi analisis terperinci tentang semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin akar umbi Umno berkata Dr Mahathir kini hanyalah boneka DAP.

Walaupun ada yang mengakui sumbangan bekas presiden Umno itu dan masih menghormatinya, bagi mereka beliau dipergunakan DAP.

“Kami ada perbincangan positif tentang perkara itu, jadi kami hanya akan fokus kepada agenda reformasi dan apa yang telah diluluskan,” kata Nurul Izzah.

Terdahulu, Nurul Izzah memyampaikan sijil penghargaan dan token tunai kepada 65 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. – 20 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kenapa Pakatan Harapan membincangkan calon PM mereka dibelakang tabir sahaja? Kenapa tidak diumumkan kepada semua rakyat? Nampak sangat dalam PH sendiri tiada kesepakatan dalam memilih calon PM. Sebab itu tidak berani mengumumkan kepada umum, lebih-lebih lagi mereka tahu ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka juga mahu calon PM daripada parti masing-masing.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Liyana Jamal · Ulasan

  • Kenapa Pakatan Harapan membincangkan calon PM mereka dibelakang tabir sahaja? Kenapa tidak diumumkan kepada semua rakyat? Nampak sangat dalam PH sendiri tiada kesepakatan dalam memilih calon PM. Sebab itu tidak berani mengumumkan kepada umum, lebih-lebih lagi mereka tahu ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka juga mahu calon PM daripada parti masing-masing.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Liyana Jamal · Ulasan