Tony Fernandes jadi penghantar makanan 


Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes mempelbagaikan perniagaan dengan menceburi perkhidmatan penghantaran makanan.– Gambar Instagram, 12 November, 2020.

KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mengembangkan perniagaan dengan memulakan khidmat penghantaran makanan. 

Menerusi laman Instagram beliau, Tony berkongsikan gambarnya berdiri bersebelahan motosikal perkhidmatan penghantar makanan dengan beg makanan yang tertulis ‘airasia.com/food’ .

Getting ready to make food deliveries to your house. (Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda.)” tulisnya dalam status tersebut.

Beliau menerima respons positif daripada rakyat Malaysia dan status berkenaan mendapat 8,761 tanda suka dan 223 komen. 

Syarikat itu memulakan perkhidmatan airasia food pada Mei, yang mana ia merupakan platform penghantaran makanan yang turut akan menyokong perniagaan tempatan dan francais untuk terus bertahan ketika waktu sukar. 

Bulan lalu, jumlah penumpang syarikat penerbangan AirAsia menurun sehingga 85% kepada 1.91 juta ketika suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada waktu yang sama tahun lalu. 

Dengan pandemik Covid-19, faktor bagi kumpulan itu menurun kepada 66%, kata syarikat penerbangan itu dalam laporan suku tahunannya kepada bursa saham.

Walaupun kapasiti telah dikurangkan bulan lalu berdasarkan perintah kawalan pergerakan bersyarat oleh kerajaan, AirAsia Malaysia berusaha untuk memulihkan hingga 60% dari kapasiti domestik pasca-Covid pada suku keempat. – 12 November, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen