4 maut serangan di Barda Azerbaijan


Empat orang awam terbunuh dan 13 yang lain cedera akibat serangan peluru berpandu tentera Armenia di daerah Barda Azerbaijan semalam. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

EMPAT orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dan 13 yang lain cedera akibat serangan peluru berpandu tentera Armenia di daerah Barda Azerbaijan pada Selasa, lapor Agensi Berita Azerbaijan (AZERTAC).

Menurut Kementerian Luar Azerbaijan, serangan itu berlaku pada malam berlangsungnya mesyuarat antara menteri luar negeri kedua-dua negara dengan Pengerusi Bersama Kumpulan Minsk OSCE di Geneva.

“Ia jelas memperlihatkan Armenia tidak berminat mencari penyelesaian untuk konflik dan bertujuan melemahkan rundingan dengan apa cara sekali pun.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk tegas membawa pelaku ke muka pengadilan,” tambah kementerian itu.

Gencatan senjata kemanusiaan diterajui Amerika Syraikat (AS) yang diumumkan pada Ahad dan berkuat kuasa 8 pagi waktu tempatan Isnin, didakwa tidak diendahkan Armenia.

Dua genjata senjata sebelum ini iaitu pada 10 dan 17 Oktober juga tidak dipatuhi. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen