Phuket minta bantuan kerajaan untuk pulih ekonomi 


Pelancong diperiksa suhu badan sebaik tiba di pulau peranginan di Phuket Thailand. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

PHUKET akan meminta tiga bilion baht (AS$96.28 juta) daripada kerajaan Thailand untuk membantu merancakkan kembali ekonomi di wilayah itu yang teruk terjejas akibat Covid-19, kata Timbalan Gabenor Phuket Pichet Panapong.

Sektor pelancongan pulau peranginan di selatan Thailand itu amat bergantung kepada pelancong asing, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Timbalan gabenor itu berkata wilayah Phuket telah menyusun pelan pemulihan pasca-Covid-19 yang akan diusulkan ke kabinet minggu depan.

Beliau berkata peruntukkan kira-kira 650 juta baht diperlukan untuk melaksanakan pemulihan ekonomi menerusi lapan projek utama.

Antaranya ialah projek mega bernilai 2.9 bilion baht untuk membina pusat pelancongan kesihatan di Baan Tha Chat Chai di daerah Thalang. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen