Juara dunia 100m tidak dapat beraksi digantung 2 tahun


Juara dunia acara larian 100 meter lelaki, Christian Coleman dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

JUARA dunia acara larian 100 meter lelaki, Christian Coleman, semalam dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.

“Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan anti-doping,” tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.

AIU berkata Coleman dilarang menyertai apa jua pertandingan sehingga 13 Mei, 2022.

Berikutan itu, pelari berusia 24 tahun tidak dapat menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Namun, beliau boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Coleman merangkul emas dalam acara 100m dan 4x100m di Doha tahun lalu. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen