Trump kecewa gencatan senjata Nagorno-Karabakh tidak dipatuhi


Presiden AS Donald Trump berkata Armenia dan Azerbaijan perlu 'kembali bersama' susulan pertempuran yang meningkat di wilayah Nagorno-Karabakh. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

PRESIDEN Donald Trump pada Selasa berkata kegagalan mematuhi gencatan senjata baru-baru ini, antara Azerbaijan dan Armenia sesuatu yang “mengecewakan.”

Katanya, kedua-dua negara perlu “kembali bersama” memandangkan pertempuran yang meningkat di wilayah Nagorno-Karabakh, lapor Agensi Anadolu.

“Ya, mereka sudah laluinya selama bertahun-tahun. Sangat mengecewakan melihat keadaan itu. Itulah yang terjadi apabila anda mempunyai negara-negara yang melaluinya terlalu lama. Ia akan bersama kembali,” kata Trump kepada wartawan sebelum berlepas ke Michigan untuk menghadiri kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata demikian apabila gencatan senjata yang diterajui Washington pada hujung minggu lalu didakwa dicabuli pihak bertelagah. 

Baku pada Isnin mendakwa tentera Armenia menyerang penempatan orang awam dan unit tentera Azerbaijan, walaupun gencatan senjata kemanusiaan baharu sudah dipersetujui.

Gencatan senjata kemanusiaan sementara diterajui AS diumumkan pada  Ahad dan berkuat kuasa 8 pagi waktu tempatan (0400GMT) Isnin. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen