Maradona jalani kuarantin selepas pengawal ada gejala Covid-19


Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Khamis. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

LEGENDA bola sepak Diego Maradona pada Selasa menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina selepas seorang pengawalnya didapati mempunyai gejala Covid-19, menurut pegawai akhbarnya Sebastian Sanchi.

Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Khamis, kata Sanchi kepada Xinhua.

Awal bulan ini, Maradona yang akan menyambut ulang tahunnya ke-60 pada Jumaat ini diuji negatif virus itu. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen